Studying in Mechanical Engineering, University of Malaya

Assalamualaikum and hi, guys! 👋
So, today aq rasa cam nak tulis bout pengalaman aq study kt UM under course MEng (Mechanical Engineering..
Cause sekarang kan covid.. Mana tau memang tak akan balik UM dah kan 😔😔 So, aq nak tulis sebagai kenangan and cerita untuk korang yang nak apply masuk course ni in UM.

*This is just my personal experience okayy. Setiap orang ada experience masing2.* 😊

Okay.. So, one thing before we start.. Aq nak tanya korg kenapa korg nak apply Mechy?
Untuk aq la.. Even dah nak masuk third year ni, aq akan still jawab:
1. sebab aq suka machine
2. sebab aq tak nak medic, and aq tak tau nak apply apa
3. sebab ... mechy cam nampak cool gitu main machine (😂)
4. sebab memang tak tau.. Mechy nampak macam wide job scope

Okay, ni answers yang aq selalu bagitau orang time first2 aq nak apply Mechy dulu.. 
Fyi, mechy bukan first choice aq time isi UPU.. Its actually actuary, tapi I can't thank God enough sebab bagi aq masuk Mechy. Ofc He knows best and mmg patut dia masukkan aq kt Mechy. Sebab tbh, aq tak rasa aq qualified untuk masuk actuary langsung 😂😂 member2 bijak ja masuk actuary ni (sis tacut)

okay.. So, first off. Jom start how our class schedule is:

Untuk aq, timing kelas Mechy ni cam best gila!
Like time aq first year, class semua pagi ja mostly. From 8am (😞) till 2pm mcmtu everyday.. 
Time aq 2nd year pun, semua class pagi (and jumaat free 😝)
Classes kitaorg comprise of lectures, lab session and programming/Solidwork lab.
So, macam best la.. Gi class pagi2, after class bolehlah balik kolej and rest till malam 😂
Unless korang ambil english class, usually student Mechy akan ambil ni time sem 1&2, 
So, time ni korang pilihlah pukul berapa english class korg nak.. 
Tapi, nasib aq selalu cam tak baik sgt kot dengan english class ni, dia asyik full ja especially class dekat fac engine.. 
So, both sem class english aq pukul 6-8pm dekat API (which is far from kolej aq, kolej kedua 😌)

Fyi, aq pelik gak asal class english selalu full tau dekat fac engine.. 
Full tak pelik lagi, masalahnya dia full dengan orang non-engine (mostly girls) 😂
Then, haritu aq tanya la member aq (non-engine), kenapa korg apply class english at fac engine?
Padahal dekat fac diorg pun ada class english...
Then, diorg cakap sebab time ni ja boleh duduk and belajar dengan lelaki engineering 😳
Pastu korg nak belajar satu class dengan lelaki engineering, aq yang mmg fac engine kena gi class jauh sebab fac engine dah full 😂😂😂 Tapi sis okay aja..
Gi API pun, ramai ja budak Mechy/engineering lain tercampak ke sana. Lolz 😂😂

If kau baru nak apply for UM/freshie UM.. 
Maybe korang tak tau how we apply for classes..
So, dekat UM, we can choose our own class timing.. 
Tapi bukan untuk semua subjek.. 
Contohnya macam class programming, kau boleh pilih nak hari isnin/selasa/jumaat. Choose one ja.. 
And ada certain classes, kau boleh pilih nak pagi/petang.. 
So, mcm aq, aq akan try packkan one day, so hari2 lain macam santai sikit.. 
Or if best lagi, kau boleh dapat one day cuti.. 
Macam sem ni, aq bernasib baik gakla.. Aq sempat apply semua class follow timing yang aq nak. 
So, aq tak ada class langsung hari jumaat (malangnya covid lak kan.. hurmm. everyday ada class tetiba 😀)

So, make sure korg pick your class timetable wisely..
Tengok semua timing class and choose elok2.. Mana tau boleh dapat one day off.. 😜
And also, pilihlah juga based on lecturers..
Try tanya senior, mana lecturer yang ajar best/yang ajar faham/yang bagi tips exam/yang mid test dia senang nak score ke 😆
Sebab memang ada lecturer2 mcm ni.. So, rugi la korg if first year dah terlepas belajar dengan lecturer2 hebat macam ni (semua lecturer hebat, just ofc kita ada lecturer yang menepati our way of learning kan.. )
So, kalau kenal any seniors, time ni la function gila nak bertanya!
Kalau tak kenal senior, don't fret..
Nanti kan ada MHS (minggu haluan siswa), then for engineering ada MOBA (minggu orientasi for engineering students. Can't remember the full name 😂)
Tapi, for me.. Kalau kau student engineering, join la MOBA!
Sebab program ni time week 1, so tak busy apa pun lagi.. And you get to know about the faculty, jumpa Dean and ask questions, dengar talk from graduate engineering UM yang dapat ANC (Anugerah Naib Canselor), dengar talk from student engineering yang pergi buat outbound programme (fly overseas under UM)..
So, banyaklah boleh belajar from there! (Cause saya facilitator MOBA suatu ketika dahulu 😂😂😂)

Tbh, untuk aq as student Mechy, Mechy ni tak susah sa (ha payah lak nak tulis 😂😂)
Ok dia susah, tapi semua benda susah kan.. That's life..
Macam contoh kau amik 7 subject this sem, ada yang okay, ada yang senang score, ada yang payah namati 😭😭 jenis payah gila yang esok nak final exam, malam ni still tak faham. So, kau hafal je la semua equation dengan harapan reti guna time exam nanti.. 
Tapi, alhamdulillah aq dah 3 sem Dean's List.. So, nothing is impossible if kita betul2 nak!
And if Dean's List tu rezeki kita, kita akan dapat.. Usaha, doa, buat betul2 time exam and tawakal!

Untuk aq, nak survive dalam Mechy ni,, 
memang bonding kena power,
Bonding antara batchmates and if you're a girl, bonding antara girls.. 
Sebab trust me, dalam Mechy, 90% guys, 10% girls..
So, if kau taknak rapat dengan girls, camna nak survive.. You can't!!
Dahla banyak group assignment, so make sure rapat la dengan orang!
Bonding antara batchmates tu, if tak rapat pun takpe.. Mcm batch aq, tak de la rapat sgt pun..
Tapi we help each other. 
Macam we remind each other if ada assignment/deadlines/quiz/class ganti/class cancel... 
So, takdela kau macam sorg2 nak ingat semua benda..
Bonding and the help from fellow Mechys yang buat aq boleh go dengan mechy sampai skrg.. 
Sebab tbh, if aq tak rapat dengan diorg, aq boleh fail Mechy dowh 😞 Serious!
Sebab ada ja subjek yang aq memang depends on orang untuk bagi aq faham, and I'm blessed sebab aq memang ada a few members yang baik sudi ajar aq benda aq tak faham 💑💑
So, friends are very important bila kau masuk engineering (or mana2 fac la)..

Welcome to Faculty of Engineering
Map of Faculty of Engineering, UM

 Okay, jom masuk bab geografi 😂😂
Okay, fyi ni map fac engine ja tau.. 😀
One of the biggest faculty in UM.. So, you should be proud!
Ingat lagi tak MOBA tadi tu,, haa kt sinilah dia banyak main peranan.. 
Untuk class korg, bukannya stick to one block je. 
So, you need to know where your class is. 
And trust me, tak ada siapa nak lead korg pergi class during your day one..
So, time MOBA ni la, facilitator akan bawak korg pergi each block.. From there, korg bolehla nampak apa ada dekat block tu.. So, takdela blur sgt nak cari kelas nanti.. 
Macam aq,, from first year till second year skrg.. 
Blok yang aq pernah belajar is blok U,C,L,A,V,J,R and K.. Fuhh ni pun aq tengok map untuk igt nama blok. Lolz! 😂😂
And even till now, kekadang aq tak leh brain kenapa susunan blok ni macam ni, and macam mana nak tau kelas ni dekat blok mana 😂😂
So, dekat timetable aq, memang aq kena tulis nama bilik class tu and blok mana. Kalau tak, mmg aq lost everyday.. 
Tapi, no worries. Once kau dah get the hang of it, you'll be okay.. 
Sebab lectures akan fix kat tempat sama.. So, by week 3/4, korang dah boleh start ingat dah kelas tu dekat mana 😂😂 Sometimes ada gak la tersalah class sebab tertukar hari (opps)..

Okay, tu je la kot for now 😂😂 Banyak lak membebel nanti korg penat nak baca. Lolz!
So, ask me questions if you wanna know anything more bout fac engine/UM itself..
And if ada question yang aq boleh tulis as one blog post, I'll do it gladly 💞

Thats all, 
Yours truly 💜
 

Comments

Popular posts from this blog

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA(PASUM)

score JPJ test at litar

SMS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR (SESERI)